31.3.09

'kembar'

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

kenapa ya, bila tengok budak budak kecik, kita rasa seronok?.. ada orang cakap, budak kecil ni masih bersih, tak banyak dosa lagi. sebab tu la kita rasa tenang je bila tengok. semalam, dapat gambar ni. teruja tengok dia. juga teruja dengar nama dia. hehe :) 

si tudung hijau

tudung coklat pulak =)


tadaa.. ni lah orangnye. comel3.. nak tahu apa nama dia? setelah berteka-teki di plurk, hanya kak falin yang berjaya meneka. tu pun hanya separuh nama dia. yang separuh lagi, setakat ni takde sape yang jawab lagi. so.. untuk cik taushiah, cik bintu, ain, kak sri dan kak falin.. ni saya nak leraikan misteri semalam.. nama budak comey ni ialah... N. U. R. U. N. N. U. H. A. atau nurunnuha :) haa, sebab tu la saya teruja bila muna bagitahu nama dia semalam. 'kembar' ku rupanya. kembar nama penuh pulak tu. hehe. 

30.3.09

thanks


For every lesson you teach
For every knowledge you share
For every moment we enjoy
For the day you shine
For the love you give
For generous kind of heart
For your helping hand
For everything you did

A word to say : thank you!!
and, may the future belongs to you..

--------------------
p/s : haiz,  this 'poem' just come out from my mind. but, it is too late~~

29.3.09

seorang ayah

Bismilaahirrahmaanirrahiim..

pernah tak rasa macam mana itu rindu? bagaimana ye rasanya? hehe :). baru ku tahu macam mana perasaannya ibu dan ayah bila berjauhan dengan anak-anaknya. rindu tu tak usah dikata la. tambah pulak kalau anak tu, sorang je. asyik duk teringat je kat anak-anak yang jauh merantau. 

pernah tak kita selami, macam mana rasa rindunya ibu dan ayah pada kita yang jauh di mata mereka? entahla. macam berbelit la pulak ayat ni. ok la. tak ada apa apa di sini. cuma..

mahu cerita. sejak kebelakangan ni, abi asyik duk cakap dia terlalu rindu pada anak-anaknya (yang jauh di mata). terutama pada mereka di sana. kalau dia on ym, statusnya jadi : abi isytiyaq pada anak-anak. oh, sungguh terharu saya baca. 

hari tu, abi cakap dia mahu ke mesir cuti sekolah ni. mahu jumpa muna, shifa'. lama dah dia cakap, hari tu lagi. lepas raya. tambah pulak, abi tak berapa sihat. dia diberi kebenaran balik kerja awal. mujurlah tempat dia mengajar tu dekat dengan rumah. boleh la balik jalan kaki. 

ummi pernah cakap : abi tak kisah sangat kena topup banyak2, semata-mata mahu bercakap dengan mereka di sana. kadar panggilan telefon malaysia-mesir agak mahal. cakap kejap je, rm30 laju je mengalir keluar. sekarang, abi dah masukkan internet kat rumah. tujuan utama : mahu berhubung dengan anak-anak. bila dia beli laptop, biasa dia guna kejap je. lepas tu, dia kesian kat anak-anak. lalu, dia akan bagi laptop tu kepada anak-anak yang takde laptop lagi. then, dia beli lagi. yang ada webcam. sebab? nak tengok wajah anak-anak bila online. oh.. 

hari tu, time flight suspended.. saya tak berani nak bagitahu abi. takut dia kecewa, saya tak boleh balik. last2, saya cakap jugak. dia cakap : xpe, lain kali la. huhu~ 

------------------------------
p/s : tabah lah tabah.. 

27.3.09

catatan hari ini

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

lega.. alhamdulillah.. sebab? sudah lepas siapkan 'hadiah'. bererti saya telah berjaya mencapai tekad itu. yes! terasa mahu makan aiskrim, belanja diri sendiri. nanti la, esok mahu cari. hari ni kedai runcit kat Taman Manggis tutup. kedai borong ada jual aiskrim ka? tak perasan la pulak. 

hari ni amat kalut sebenarnya. banyak report nak kena hantar. pukul 9 pagi, p kelas.. tiba-tiba kelas cancel la pulak. miss hafsah cakap kelas petang, pukul 3 petang. apa lagi. lepas tu saya ambik motor terus ke pharm. department, hantar sebahagian report yang dah siap. (ada satu kena reject, sebab tak buat graf.. tak terperasan sebenarnye soalan ada suruh buat graf.. ramai jugak kena buat balik. dan, dia bagi masa hantar petang). lepas tu, sempat lagi tu p beli roti canai kat kedai depan. teringin. heheh. lepas tu, terus sambung ngadap laptop siapkan 'hadiah'.. stress jugak, tapi.. salah saya jugak. semalam, sempat lagi baca buku itu (S.U.u.N.). hehe. ye la, semalam mood kurang. tak  terasa nak siapkan 'hadiah'.. (habisla kalau my kakak tahu ni). 

jam 2.40 petang : sikit lagi, sikit lagi.. and then, there you go! pukul 2.50 petang, sudah siap semuanya! rasa macam nak melompat je. hehe. pukul 3, kelas drug of abuse and society. tajuk last - Epidemiology. belajar tentang pusat pemulihan (rehab. center). apa program2 yang ada kat sini. tapi, sekali lagi. terkilan dengan 'mereka'. kedatangan hanya separuh kelas. attendance : 5 from 11. bayangkanlah. hmm, entah lah entah. 

kelas tadi, kelas terakhir dengan miss hafsah untuk sem ni. minggu depan, ada kelas dr.zalina a.k.a. dr.nina, 5 jam. lepas tu, minggu lagi satu dah study week. macam tak percaya, sudah nak habis tahun tiga. tahun depan, masuk tahun empat. tahun yang mencabar. perlu bersedia. aish, macam tak bersedia je lagi.. hehe.. dan, tadi juga ke pekan kongsi, print gambar. 

ok, setakat ni dulu. kalau rajin, saya sambung cerita lain. mahu sambung baca S.U.u.N. salam~~

--------------------------
p/s : hari tu, saya dipaksa makan sup sayur (kelantan panggil 'sayur air'). tak boleh nak habis. tak suka sayur dan segala bawang. tapi, kenapa sayur rasa macam tu eh? bak kata kak falin, buat2 macam makan coklat je. bak coklat satu. nak makan sekali ngan sayur. hehe :)

26.3.09

yoghurt

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

teringat masa sekolah dulu..
ada sorang ustaz ni, ustaz Rasyid namanya. dia jual yogurt, sebagai sampingan. dia jual yogurt kat kereta dia. bahan-bahan, dia letak kat boot belakang. maksudnya, kereta dia jadi gerai jualan la.. jimat sungguh.. hehe. ustaz Rasyid memang famous dengan jualan yogurtnya, sampai ada budak-budak ni panggil dia, ustaz yogurt.. ish, kinayah ~~

ramai orang suka beli yogurt dia. satu, rm1. dia jual 3 perisa. strawberi, keladi, honey-dew (entah, betul ke tidak, eja macam ni..hua3).. biasa saya suka beli perisa strawberi + keladi.. jarang sangat membeli yang honey-dew tu.. tapi ramai jugak yang campur tiga-tiga perisa. ada orang tanya : tak mabuk ke campur semua? aish, ada jugak macam tu.. 

biasa, budak-budak ni suka beli time rehat dan balik sekolah. kalau sape2 yang duduk asrama, time nak gi prep la masa untuk beli yogurt. time ni, exco2 asrama yang tolong jualkan. best yogurt ustaz.  kt mmppp pun ade jugak wakil ustaz jual yogurt. saya baru tahu hari tu, muna cakap. tapi wakil dia yang lama, sekarang sudah terbang nun jauh ke selatan dunia.. sekarang tak tahula sape pulak yang tolong jualkan. kat mmt pun ade jugak. kalau hari sabtu pulak, dia jual yogurt kat kawasan KB, tapi saya xsure la kat mana. 

waah, tetiba terasa nak beli yogurt ustaz pulak. hehe :)

----------------------
p/s : kepada budak2 farmasi ICT, kenapa semua buat post terbaru tentang Earth Hour belaka eh? hehe.