Bismillaahirrahmaanirrahiim..
lega.. alhamdulillah.. sebab? sudah lepas siapkan 'hadiah'. bererti saya telah berjaya mencapai tekad itu. yes! terasa mahu makan aiskrim, belanja diri sendiri. nanti la, esok mahu cari. hari ni kedai runcit kat Taman Manggis tutup. kedai borong ada jual aiskrim ka? tak perasan la pulak.
hari ni amat kalut sebenarnya. banyak report nak kena hantar. pukul 9 pagi, p kelas.. tiba-tiba kelas cancel la pulak. miss hafsah cakap kelas petang, pukul 3 petang. apa lagi. lepas tu saya ambik motor terus ke pharm. department, hantar sebahagian report yang dah siap. (ada satu kena reject, sebab tak buat graf.. tak terperasan sebenarnye soalan ada suruh buat graf.. ramai jugak kena buat balik. dan, dia bagi masa hantar petang). lepas tu, sempat lagi tu p beli roti canai kat kedai depan. teringin. heheh. lepas tu, terus sambung ngadap laptop siapkan 'hadiah'.. stress jugak, tapi.. salah saya jugak. semalam, sempat lagi baca buku itu (S.U.u.N.). hehe. ye la, semalam mood kurang. tak terasa nak siapkan 'hadiah'.. (habisla kalau my kakak tahu ni).
jam 2.40 petang : sikit lagi, sikit lagi.. and then, there you go! pukul 2.50 petang, sudah siap semuanya! rasa macam nak melompat je. hehe. pukul 3, kelas drug of abuse and society. tajuk last - Epidemiology. belajar tentang pusat pemulihan (rehab. center). apa program2 yang ada kat sini. tapi, sekali lagi. terkilan dengan 'mereka'. kedatangan hanya separuh kelas. attendance : 5 from 11. bayangkanlah. hmm, entah lah entah.
kelas tadi, kelas terakhir dengan miss hafsah untuk sem ni. minggu depan, ada kelas dr.zalina a.k.a. dr.nina, 5 jam. lepas tu, minggu lagi satu dah study week. macam tak percaya, sudah nak habis tahun tiga. tahun depan, masuk tahun empat. tahun yang mencabar. perlu bersedia. aish, macam tak bersedia je lagi.. hehe.. dan, tadi juga ke pekan kongsi, print gambar.
ok, setakat ni dulu. kalau rajin, saya sambung cerita lain. mahu sambung baca S.U.u.N. salam~~
--------------------------
p/s : hari tu, saya dipaksa makan sup sayur (kelantan panggil 'sayur air'). tak boleh nak habis. tak suka sayur dan segala bawang. tapi, kenapa sayur rasa macam tu eh? bak kata kak falin, buat2 macam makan coklat je. bak coklat satu. nak makan sekali ngan sayur. hehe :)
1 comment:
eskrem itu best. lagi best kalo makan time cuaca panas.. :)
Post a Comment