29.3.09

seorang ayah

Bismilaahirrahmaanirrahiim..

pernah tak rasa macam mana itu rindu? bagaimana ye rasanya? hehe :). baru ku tahu macam mana perasaannya ibu dan ayah bila berjauhan dengan anak-anaknya. rindu tu tak usah dikata la. tambah pulak kalau anak tu, sorang je. asyik duk teringat je kat anak-anak yang jauh merantau. 

pernah tak kita selami, macam mana rasa rindunya ibu dan ayah pada kita yang jauh di mata mereka? entahla. macam berbelit la pulak ayat ni. ok la. tak ada apa apa di sini. cuma..

mahu cerita. sejak kebelakangan ni, abi asyik duk cakap dia terlalu rindu pada anak-anaknya (yang jauh di mata). terutama pada mereka di sana. kalau dia on ym, statusnya jadi : abi isytiyaq pada anak-anak. oh, sungguh terharu saya baca. 

hari tu, abi cakap dia mahu ke mesir cuti sekolah ni. mahu jumpa muna, shifa'. lama dah dia cakap, hari tu lagi. lepas raya. tambah pulak, abi tak berapa sihat. dia diberi kebenaran balik kerja awal. mujurlah tempat dia mengajar tu dekat dengan rumah. boleh la balik jalan kaki. 

ummi pernah cakap : abi tak kisah sangat kena topup banyak2, semata-mata mahu bercakap dengan mereka di sana. kadar panggilan telefon malaysia-mesir agak mahal. cakap kejap je, rm30 laju je mengalir keluar. sekarang, abi dah masukkan internet kat rumah. tujuan utama : mahu berhubung dengan anak-anak. bila dia beli laptop, biasa dia guna kejap je. lepas tu, dia kesian kat anak-anak. lalu, dia akan bagi laptop tu kepada anak-anak yang takde laptop lagi. then, dia beli lagi. yang ada webcam. sebab? nak tengok wajah anak-anak bila online. oh.. 

hari tu, time flight suspended.. saya tak berani nak bagitahu abi. takut dia kecewa, saya tak boleh balik. last2, saya cakap jugak. dia cakap : xpe, lain kali la. huhu~ 

------------------------------
p/s : tabah lah tabah.. 

3 comments:

nurulsyuhaida :) said...

huhu nak menangis T-T...
kita sebagai anak,kenalah selalu mendoakan ibu bapa..huhu belajar elok2..wuuuuuuuu
T-T

SRISUFI said...

Salam Nuha,

sungguh entri kita hampir sama membawa kisah ayah dan bapa.

Terasa nak je terbang sekarang ni juga ke Kuching.

rinduuuuu

nurunnuha said...

syu:
:)
yaya, doa itu jangan dilupa..

kak srisufi:
w'salam, akak..

a'ah la kak..entri kita hampir sama. akak punya tajuk 'rasa sayang'. saya pulak tajuk 'seorang ayah'. kalau combine jadi 'rasa sayang seorang ayah'.. :)

saya juga sudah 'sakit rumah' ni.. huhu~