7.2.09

kek batik

Bismillaahirrahmaanirahiim..

muna hantar offline mesej tadi, mintak resepi kek batik..sebenarnye banyak cara nak buat kek batik ni, tapi saya selalu guna resepi ni.. :) muna kata, barang2 sudah dibeli cuma tinggal usha cara2 nak buat je..hehe..ok, di sini kak letak resepi kek batik tu.. selamat mencuba! kalau lebih tu, hantarla sini sikit..nak merasa air tangan orang jauh jugak nih.hehe :p

dan, sekali lagi:
perhatian: resepi ini ditaip menggunakan bahasa lisan..
Bahan-bahan :
3 biji telur
1 cawan milo
3 sudu besar serbuk koko
1 buku mentega ( 250g )
1 ½ cawan nestum
1 tin kecil susu pekat
2 tin kecil air suam
1 kati (dalam 700g ) biskut marie susu

Cara-cara :
1. Masukkan milo, serbuk koko, nestum, susu pekat dan air suam ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata.
2. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam campuran tadi.
3. Masukkan mentega dan panaskan di atas api.
4. Kacau sehingga pekat.
5. Apabila pekat, bolehlah diangkat dan dimasukkan ke dalam loyang. 
6. Patahkan semua biskut marie kepada 2 atau 3 bahagian. Kemudian, masukkan ke dalam loyang tadi dan kacau ketika masih panas.
7. Tekan acuan sehingga padat.
8. Masukkan ke dalam peti dan kek sedia dipotong setelah keras.

terima kasih kepada encik google images kerana menyediakan gambar yang menyelerakan ini.. :p

3 comments:

SRISUFI said...

salam dik..

aduhai sungguh terasa teringin nak makan kek batik tu...

ohohooohh..sangat bertuah dpt org pandai masak nih...


;)

anak lagenda said...

adus....sedapnya.......na nak...

nurunnuha said...

-SRISUFI-:
w'salam kak..

ha kak..resepi dah ade ni, ape tunggu lagi? jom la buat..hehe :)

oh oh, itu fakta yang salah kot..saya xberapa pandai sangat masak2 ni..hanya certain2 resepi aje..hihi :p akak mesti lagi pandai masak daripada saya, kan kan? =)

anaklagenda:
nak ke?
buatla..senang je..
resepi saya dah bagi nih..hehe..