19.3.10

hey!


situasi:

A pergi BJ, nak cari earphone. sedang dia berjalan-jalan, tiba-tiba ada orang tegur. "nak cari apa?". "earphone untuk mp3 ada?" pekedai tu pun bagi satu alat. si A tu tadi tengok harga sambil kata dalam hati "uish, mahalnya!!".. dia mintak nak tengok dan try. pekedai tadi bukak kotak yang balut 'earphone' tu, tapi mata A tertangkap sesuatu pada kotak tu : handsfree. "eh, dia ni kenal ke tak mana satu earphone, mana satu handsfree?".. soalan pertama yang berlegar-legar di minda.. "saya nak earphone, bukan handsfree.." sambil memasamkan muka, pekedai tu berkata : " yang ni pun boleh guna untuk mp3 jugak" "memang la, tapi saya tak nak yang ni.."

tiba-tiba, datang seorang pekedai yang lain (lelaki, yang jaga kedai tu jugak).. mereka bercakap-cakap dalam bahasa mereka. lepas tu, pekedai lelaki tu tadi ambik earphone yang tergantung kat belakang kedai tu. "ada pun!"

A : (sambil belek-belek kotak) tak ada jenama pun, karang mudah rosak pulak.. (selepas mata mengerling tengok harga yang tertera, rm49.90. fuy-yohh!)
PL : ini dari jepun punya. takkan rosak punye..
A : selalu saya beli yang tak ada jenama, cepat je rosak.. yang lain ada tak?
PL : ini punya dari jepun.. tak akan rosak.. barang ni bagus, u letak kat telinga, dia ngam ngam masuk. sound dia pun bagus! (sambil promote, sambil buat kerja lain)
A : i nak try dengar sound dia..
PL : ok..
A : eh, ni.. 'made in china'.. (tadi cakap buatan jepun)
PL : barang made in china bagus punya.
A : tapi i selalu pakai yang made in china cepat je rosak..
PL : china punya barang bagus. buat kerja pun cepat. malaysia punya orang reti makan saja. malas buat kerja. (apa kena-mengena pulak dengan barang made in china??)
A : (dalam hati rasa macam nak meletup dah.. hey!)

kalau anda berada di situasi A, apa yang akan anda buat?








ada lagi ye pekedai macam ni sekarang?

6 comments:

Anonymous said...

ish suka hati ja ckp camtu...nak jual barg pon ckp smpai berbelit-belit camtu ish ish ish

Anonymous said...

erm. kat sini pn rmai je ckp mcm tu. org nk beli laen, di bagi laen. lepas tu description lebih2. lepas tu, siap pakse2 lagi.

.

.

.

last2 keluar kedai dgn kepale berapi huhu.

segelasair said...

salam..lame xsinggah di sini..=]

hmm..patutnye g kedai lain..huu

nurunnuha said...

fathien
huhu..

arina:
haha, same la kita. memang berapi menyala-nyala la kalau jadi situasi macam ni..

kema:
w'salam.. =)

w 8 z said...

time jahat ke time baik...?

kalo time baik, letak je headphone tu, cakap tanak beli keluar kedai.

kalo time jahat, time letak tu bebel sikit sikit. "awat laa asyik berubah je pernyataan ni. betul ke tidak entahnye..." lepas tu cepat cepat keluar.

nurunnuha said...

dibah:
ahaha. macam best je tuh dibah.. *angkat2 kening*