2.3.10

oncology (i)


minggu kedua..

minggu ni klerk onkologi. di HPP, wad onko berada di tingkat 4, bangunan C. wad C19. untuk klerk ni, kami kena cari seorang pesakit yang kalau boleh tengah on chemo drugs. lepas tu, kena ambik semua data-data dan sejarah pesakit, pernah tak dia dapat kanser tu sebelum ni, apa terapi yang dia ambik dan segala yang berkaitan dengannya. preseptor kami kali ni, cik tajuk nisa. selepas cik tajul bagi briefing sikit pasal wad, dia serahkan kat kami cari kes untuk diklerk.

kriteria untuk clerk case:
  1. kalau boleh, tak mahu jenis kanser yang sama
  2. kalau tak ada, cari yang berlainan regimen/protokol
  3. kalau tak ada jugak, cari yang berlainan jantina
  4. kalau tak ada juga, jangan ambil pesakit yang sama
tu, yang saya dengar semalam masa prof. saad bagi briefing la.. tapi pagi ni, ahli kumpulan saya cakap lain pulak. mereka kata, kalau boleh tak mahu semua sama kriteria.. kalau tak ada, kena cari kes palliative.

susah ooo nak cari kes kalau tak ikut kriteria-kriteria tu semua. kebanyakan kes kat sini adalah colorectal cancer dan on regimen FOLFOX (oxaliplatin + 5-FU + folinic acid) dan germ cell tumor yang on regimen BEP (bleomycin + etoposide + cisplatin). huu, cari punya cari, tak jumpa kes yang berlainan. lama jugak membelek tiket-tiket yang ada, tapi bila tengah syok-syok baca tiba-tiba tengok regimen : alamak, sama lagi! [-_-"].

sepagi mencari, tak jumpa. lepas makan, naik wad balik dan jumpa kes pesakit yang on radiotherapy untuk adjuvant treatment. pesakit tu ada anaplastic hemangiopericytoma. tapi, tengok ubat yang diguna... anti-emetic, pain killer.. aiseh, macam mana nak buat discussion? huu. tunggu sampai petang pun, tak dapat dapat kes yang berlainan. jadi sekarang tengah berfikir untuk ambik kes adjuvant tu ke tak nak. tengok esok, kalau ada kes baru, mungkin akan tukar. kot.

saya rasa sekarang saya sudah boleh nak adapt dengan ahli kumpulan saya. sara, nisah, ida, mei ling, jia yin, mat, own, say hoon, swee chin. mereka semua baik-baik. dan membantu. He knows best, right? for giving me this group. oh, thank you~~

ok, habis cerita pasal hospital. oh lupa. tadi saya jumpa kak leq! waah, gembira betul. hehe. tak pernah-pernah pun jumpa kak leq sebelum ni. kenal kak leq melalui blog nadiah (nadiah, terima kasih!). kak leq ni dulu pernah satu sekolah dengan saya. kira macam senior saya la. :D tapi, kami tak pernah pun bertemu. jadi tadi bila jumpa rasa macam excited la. hehe.

bersambung esok... kalau sempat. =)
------------------------------------
oh tadi ada orang kirim angpau pada kami! orang yang sama yang selalu bagi kepada kami. wuwu, terharu kerana dia masih ingat pada kami.. bertambahlah koleksi angpau saya..

3 comments:

Anonymous said...

phew.

sarahfazalul said...

sara tu maisarah ke?oh i like that girl so much..banyak cakap, proactive and chumil..jia yin pun baik. nisa pun sama. lemah lembut je..

clerk je kes yang ada
(^^,)

nurunnuha said...

arina:
yeah! ;)

kak sarah:
aah, sara tu maisara. i like her too! friendly jugak. dan betul, jia yin baik.. nisah pun. semua lah, baik-baik. suka, suka. =)

hehe, dah jumpa kes untuk diclerk. =)