aku rindu saat itu
aku rindu tempat itu
aku rindu suasana itu
aku rindu semua itu
aku rindu pada mereka
juga rindu bicara mereka
bila bibir mengucap rindu
hati mula berlagu syahdu
segala memori mula menyatu
menjadi ingatan bermadu
dan semuanya kembali terimbau
satu persatu
meneguhkan rindu
yang tersemat di kalbu
melancarkan perjalanan rinduku
pada masa lalu
oh teman,
aku merinduimu.
oh Tuhan,
lindungilah temanku.
Sakura putih
13 disember 2008,
12.50 am.
No comments:
Post a Comment