3.12.08

2 disember

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Bangun pagi tadi, tengok banjir dah tiada..air di halaman rumah dah kering..waa, xsempat nak main air lama2..huhu :( hari ni, xhujan sangat..pagi2 lagi sudah nampak sang mentari..panas membawa ke tengah hari, dalam pukul 1 hujan sat..ummi yang pergi TABA, balik sebelum hujan turun..bahaya kalau hujan, sebab air sungai akan ber'gelombang'..(eh,betul ke penggunaan perkataan nih? biaq je la..hehe :) )


pada sebelah petang plak, aman ajak ummi p pak kerau..umah mak saudara (kholati, cikma, dan cik awi)..mula2 sampai, terkejut! halaman rumah mereka penuh dengan air..rugi xbawak kamera..xleh nak ambik gambar..macam xpercaya pun ada..kholati cakap air tu memang xsurut2 sejak pagi..maybe sebab tanah kat situ tanah bendang, susah sikit air nak kering. kholati cabut semua ubi2 kayu yang dia tanam..besar besar.memang banyak. kalau makan, sebulan pun entah habis ke x..hehe :) dia bagi kat ummi 3 ketul..kami duk bersembang di rumah kholati je la. malas nak p umah cikma dan cik awi walaupun jarak antara rumahmereka dekat2 je. bukan ape, takut pacat dan lintah. haila. akif cakap ada pacat dalam air, sebab tu diorang sume pakai kasut bot nak turun halaman..aa, tidak..sudah lama saya xkena gigit dek pacat. kali terakhir masa pergi zoo negeri kelantan, kuala kerai. darjah berapa ntah..lupe da~ masa jalan2 tiba2 saya rasa macam ada sesuatu kat kaki. ingatkan nyamuk ke kerengga sebab tempat tu gelap, x expect ada pacat. saya pun amekla ngan tangan, tengok binatang apa. sekali tengok, pacat! terus buang. selama ni xpernah2 berani nak pegang pacat, kali ni pegang jugak. lepas tu asyik duk terfikir2 je pasal pacat tuh, terus hilang rasa nak tengok binatang lain kt situ..hai, ngeri betul. :S

duk borak2 sambil tengok TV dan makan pisang goreng + air teh..bestnya musim sejuk, makan benda2 yang panas,kan kan?  lepas tu, cikma datang. pakai kasut bot tu la..aman tanya ummi, dia nak main air..ummi bagi, sebab semalam dia nak main air ummi xbagi.takut ada ular malam2. seronok bukan main, hingga cakap pun non-stop. xfaham ape ntah yang dia cakap..hehe :p

kesian kat cik awi..dia ngajar kt sabah, tp ada rumah kt sini. boleh balik sini time cuti panjang je la. biasanya dia balik hujung tahun. kalau hujung tahun, biasanya kt sini musim hujan, air naik. air kt umah dia pun naik jugakla. baru je rasa nak duk umah senirik, tup tup umah naik air plak. tapi semalam air xmasuk dalam rumah lagi.harap2 nya, kali ni, xraya dalam banjir lagi..hehe ;)

No comments: