23.12.08

latest book i read?

Bimillaahirrahmaanirrahiim.

cuti hari tu, sy sempat baca 2 novel. a thousand splendid suns oleh khaled hosseini (novel ni sy pinjam dari akma) dan tunggu teduh dulu oleh faisal tehrani. sinopsis untuk a thousand splendid suns bleh baca di sini --> the reading room. cerita tunggu teduh dulu pun best. cerita tiga sekawan yang berkawan baik pada masa kecil. seorang mahu menjadi pelangi dan seorang lagi mahu menjadi matahari kepada salsabila. seorang penyair dan seorang lagi berfalsafah. akhirnya dua2 tidak dipilih, tetapi pilihan Ilahi dipasrahi. pertemuan di Tanah Suci mengubah segalanya.

ketabahan, kekuatan dan kesabaran salsabila terserlah ketika azamnya mahu berjasa kepada tanah. eratnya persahabatan antaranya dengan sahabat seusrahnya menjadikan mereka bagai adik beradik. buku ini memang meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya. ya, memang. dan kini, terasa mahu membacanya lagi, tapi disekat dulu kemahuan itu kerana ada sesuatu yang lebih penting menanti.

No comments: