27.12.08

buku oh buku

Bismillaahirrahmaanirrahiim

tadi keluar p TESCO kt georgetown, cari barang2 dapur sikit. sambil2 tu, usha buku kat popular sat. hehe :) ingatnya nak cari buku aA + bB, oleh hlovate dan syabab musafir kasih, oleh fatimah syarha tapi yang jumpanya Kite Runner oleh Khaled Hosseini. buku hlovate plak ada yang bertajuk 'tunas' je. adeih~ saya baca sinopsis kat belakang tu, macam sambungan daripada cerita aA + bB je. so, xjadi la nak beli. dan, tanya orang kedai tu ade x buku aA + bB, dia cakap sudah habis. sudah di'order' tapi belum sampai. nampaknya, lain kali pulak la kena datang. tapi bile entah. sebab lepas ni mesti kelas sudah pack. huhu~ tp xpe. sudah dapat Kite Runner. . :)

ok, malam ni sesi membalut buku. buku2 yang sy beli, mesti kena balut. kalau balut, buku tu lambat sikit nak rosak, kan? hehe. dan selepas tu, mau baca novel 'kitab cinta yusuf & zulaikha' dulu. ditulis oleh taufiqurrahman al-azizy. (dekat2 sama dengan habiburrahman el-shirazy la) buku ni, dina yang beli. dan saya mengambil kesempatan untuk meminjamnya.. yes yes! :)

ok, mau baca buku dulu. banyak buku nak kena baca nih. hehe. sambung lain kali naa. salam. daa~ 

No comments: