Bismillaahirrahmaanirrahiim.
hari ni, hari lahir sahabat kesayangan saya. sahabat yang sentiasa dekat di hati saya. mengenalinya membuatkan saya berubah. dulu, kami punya azam yang sama. mahu belajar di tempat yang sama. banyak masa kami habiskan bersama. saling mengingati jika ada lalai. dia penguat saya. dia tempat saya berkongsi masalah. dia tempat saya bercerita dan berkongsi pendapat. kalau boleh saya x mahu berpisah dengan dia. tapi, itu tidak mungin, kan? time saya dapat tawaran ke kolej mara kulim, dia dapat tawaran ke kolej matrikulasi kedah. sedih jugak la time tu. tapi akhirnya, saya terima. tapi, dia buat keputusan lain. sebelum dapat tawaran matrikulasi, dia minta ke darul quran. mulanya, kami memang bercadang nak ke DQ untuk program persijilan tu tapi xde rezeki. dia xputus asa. dia memang bercadang nak ke DQ. so, dia p interview kt balai islam, lundang. dan keputusan DQ keluar. dia dalam dilema. mahu ke matrikulasi atau ke DQ.
setelah membuat penilaian, dia ambil keputusan ke DQ. saya tumpang gembira. saya tahu, jauh di lubuk hati dia yang paling dalam, memang nak jadi hafizah. lalu, dia ke DQ untuk sambung belajar selama 3 tahun. sekarang, sudah grad. saya bangga dengannya. dia juga sudah selamat menjadi seorang isteri dan bakal menjadi seorang ibu tidak lama lagi. dia seorang yang tabah. dia seorang yang kuat. dia seorang yang cekal hati. dia seorang sahabat yang baik. (oh, saya harap saya juga punyai sifat2 ini.) saya saayang dia. sungguh. pernah saya menangis, takut kehilangan dia setelah mendapat tahu dia sudah kahwin. ya, betul ni. saya menangis beberapa hari. saya pun x tahu kenapa. apa yang saya tahu, saya amat saayang pada dia. juga, tidak lama lagi, dia akan berangkat ke mekah, melanjutkan pelajaran di sana bersama suaminya. dan, saya rasa air mata saya akan tumpah lagi. uhuk~
untuk mizahku sayang..
selamat hari lahir, ya. semoga awak dipanjangkan umur dalam ketaatan dan dimurahkan rezeki yang halal. juga mendapat zuriat yang soleh/ah. saya doakan semoga ukhuwwah kita ini diberkatiNya dan berkekalan hingga ke negeri abadi di sana. ameen..
No comments:
Post a Comment