28.12.08

khatam

iman.. adanya, pemandu arah tujuan.
keluarga.. adanya, penyuluh kekuatan.
sahabat.. adanya, pelengkap kehidupan.
cinta.. adanya, penyeri perjalanan.

selarikan segala tindakanmu selaras kehendakNya,
nescaya kau tidak kan kecewa.. =)

************************************

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

habis sudah saya baca satu buku. 'kitab cinta yusuf & zulaikha'. novel best seller di timur tengah. dan saya mengiyakan ke'best'an ceritanya. saya rasa part yang paling menyentuh perasaan, dugaan buat ayah yusuf, ya'kub. pengharapannya yang begitu tinggi untuk berjumpa dengan yusuf menyentuh nurani saya. inilah seorang ayah. ayah yang begitu menyayangi anaknya. ini bukan kisah Nabi, cuma nama watak2nya ada yang serupa. sedikit sebanyak ia memberi kesan mendalam kepada saya. ada satu buku lagi dalam senarai menunggu, The Kite Runner..buku ni dah lama keluar, tapi saya baru nak beli. teruja dengan ulasan orang yang cakap buku ni best, so saya pun beli la. hehe :) saya suka gambar pada kulit buku dia. membawa erti tersirat, saya menafsirkan.

ok, esok akan bermula tahun baru bagi kalendar Islam. saya pasakkan azam lagi. melakar impian dan cita-cita. saya mahu jadi seperti mereka. mahu jadi lebih baik. ya! jadi lebih baik! insyaAllah. jika semalam ada impian yang masih tak tercapai, kali ini saya mahu gapai. semoga ada kekuatan untuk itu. dan, sekali lagi.. kuasa doa, insyaAllah mujarab! 

 salam ma'al hijrah! =)

6 comments:

Anonymous said...

Salam Maal Hijrah :)

kak Nuha, nanti beli novel2 Andrea Hirata pulok deh. Trilogi. Laskar Pelangi, Sang Pemimpi, Edensor. Ada Maryamah Karpov, tapi tak smpai Malaysia lg kot. Best! :)

P/s: Ngehehe. Bila kisah buku mula berbicara~

nurunnuha said...

nadiah,
salam ma'al hijrah jugak =)

wah nadiah, banyak jugak buku yang awak baca ye..ha'ah, ingatnya nk beli jugak buku Trilogi, Laskar Pelangi, dan Edensor tuh. tp hari tu p popular, xternampak la pulak. hehe :p

p/s: bila kisah buku mula berbicara, dan saya mula rasa teruja~~ (^_^)

c's said...

salam ziarah..

thnks for visiting me!~ 1st thing 1st, nak kenal akk bleh? nama.. sume =P

2nd.. i already bought the kite runner two weeks ago.. yet, still have no tyme to read it =(

im reading angels n demon (dan brown) rite now, it has been 5 months, n i did not finish it at all.. baru 3/5.. biasa buku macam tuh, paling2 dua bulan,sebulan sekolahh dah habis *sigh*

-salam perkenalan-salam maal hijrah-

nurunnuha said...

salam kenal.. :)

sama2 ^^. nk kenal? boleh..
nk tahu ttg ape? nama kt sini sakura. nama sebenar? ermm..nuha ;)

oh, never mind. u can read it when u're free. i know u're quite bz now, rite? =)

wah, good2! rajin kamu baca, ya! *clap2*.. xpe, bila ada masa, sambung la baca balik. saya ni pun sebab sekolah cuti la boleh baca buku2 macam tu, jika x..lama jugak nk habis tu. *wink2*

-salam ma'al hijrah jugak!- v(^_^)v

[MH] said...

sy dah ada daaa Kite Runner tuu..pon tgh menunggu masa yang seswai nak baca..hihi

kak nuha ye..aiseh..cmne la sy boleh tk perasan yang cik sakura ni lebih tua dari sy..
ampun ya kak!

nurunnuha said...

dh beli dah..yeay! tp tu la..esok nk sekolah dah..macam xsempat je nk baca buat masa ni..huhu :)

xpe2..sy masih muda lagi taw! hehe.. ^^