4.3.09

dependence

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

pernah minum kopi tak? biasanya bila orang akan minum kopi? (yang memang menjadi kebiasaan, sila tolak ke tepi ye.. hehe) biasa orang minum kopi untuk apa? untuk hilangkan mengantuk, kan? begitu juga saya.. saya kena minum kopi untuk hilangkan rasa mengantuk dan akan mengantuk.. kalau tidak, neurotransmitter seolah-olah lambat di'lepas'kan daripada sinaps dan akan menyebabkan impuls lambat menghantar informasi ke otak.. haila.. biasanya orang yang minum kopi atau apa-apa minuman yang mengandungi kafein akan jadi seorang yang 'alert' dengan keadaan sekitar. dalam kelas contohnya, pembelajaran hari tu akan mudah kita serap dengan jayanya.. hehe 

ada sesetengah orang akan jadi mudah mengantuk, lambat untuk memberi respons (dalam kelas : faham atau tidak) kalau dia tidak mengambil kopi sebelumnya. dan sekiranya selepas itu, dia minum atau mengambil kopi, dia akan jadi 'alert' kembali.. inilah yang dinamakan dependence kepada kopi.. dan, kalau dia terus menerus mengambil kopi untuk menjadi 'alert', lama kelamaan tolerance akan berlaku. tolerance pula ialah keadaan apabila seseorang itu perlu mengambil dos yang lebih banyak untuk mendapat kesan yang sama dengan dos sebelumnya.. contohnya, kalau sebelum ni dia minum satu 'sachet' kopi untuk membuatkan dia 'alert', tetapi kali ini dia perlu mengambil dua 'sachet' kopi untuk jadi 'alert'.. andai kata dia ambil satu 'sachet', dia akan rasa mengantuk. inilah yang dikatakan seseorang itu telah tolerance kepada kopi.. fahamkah? hehe :)


berbalik kepada kisah saya.. saya rasa sejak dua tiga menjak ni saya jadi seorang yang dependence kepada kopi.. risau dah, sebab takut lepas ni jadi tolerance. nak kena berhenti dulu minum kopi untuk seminggu ni. lepas tu, boleh la kalau nak sambung balik.. hehe  :p (apala punya planning..hayya~) 

psst --> anyone has any idea on how to avoid sleepiness and malaise, also lethargic? but please.. don't recommend any drug, ok? ;)

nota kecik:
jadual final exam (draf kuning) sudah keluar semalam. terkejut tengok :o setiap hari ada paper.. start 14/04/09 sehinggalah 24/04/09.. wow! i like pharmacy! neno~

6 comments:

naDya said...

amalkan tido yang berkualiti... (bukan tido secukupnya yer... sebab tido x penah cukup..huhu.. tido berkualiti~~) insyaAllah x ngantuk dalam kelas...

naDya said...

well... optimistamente usted no es adicto a la cafeína... nak senang, bile ngantuk makan cili padi..hihi...

SRISUFI said...

syukurlah akak tak suka minum kopi...sungguh tak suka.

hehehehee...

mari minum Anlene kuatkan tulang

nurunnuha said...

nadiah:
berkesan ke? sy mandi malam, lagi cepat ngantuk ade la~ hehe :p

all da best too! ;)

taushiah:
sejak akhir-akhir ni, saya susah sikit nak dapatkan tidur berkualiti..banyak 'hadiah' kot.. *hadoi la, salahkan 'hadiah' pulak dah* hehe :)

makan cili padi? waah, lepas tu saya mesti cari air atau gula-gula..

kak srisufi:
tak suka, kak? rugi, rugi.. tak merasa lah nikmat minum kopi.. hehe =)

akak minum Anlene ek? tak pernah pulak saya try minum Anlene ni.. mahal x? hihi :P

[MH] said...

Fathiyyah biasa tidur dulu beberapa jam ,kemudian menelaah sampai ke pagi..
oh ya,Fathiyyah sangat tak sukakan kopi.Melainkan waktu exam sahaja bila terpaksa.

eh eh,lagu 'menjadi diriku'! ngeh3

All the best kak

nurunnuha said...

thia:
oo..gitu ek? hmm, bole try nih.. hehe. trima kasih!

hehe, sebab is best~ :)

the same goes tu you, thia! ko hai ter chok dee~~ [maksud dia : all da best]