18.3.09

tak jadi

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

ada satu mesej masuk ke dalam telefon cik dina, dekat maghrib tadi. dina 'pass'kan mesej tu kepada saya. waaa, ada masalah. kami try alternatif lain. PNG - KBR ada, tapi KBR - PNG penuh. cuti sekolah sudah habis.

dua minggu yang lalu, saya dan dina tempah tiket balik. abang dina kahwin, dia mahu balik. saya juga. ahaa  :p. kali ni kami nak naik flight, sebab balik sekejap aje. ikut perancangannya, balik jumaat pagi dan datang ahad pagi. macam tak berbaloi je nak naik bas. naik flight memakan masa sejam, naik bas pulak ambik masa 7 jam. tengok, jauh kan beza? ni first time nak naik flight sebenarnye, sebab jimat masa sikit. (naik bas, masa duk dalam bas tu pun dah 14jam, kalau naik flight 2jam je). lagipun, kami agak kesuntukan masa sekarang ni. isnin, kami ada kelas pagi. kelas hari tu agak pack ditambah pulak dengan kehadiran 2 kuiz (vet.pharm dan GI system). 

lepas dapat mesej tu, kami tanya kaunter bas (mutiara, transnasional, budaya), ada tak tiket datang sini balik? mereka kata sudah penuh. setelah berfikir, dina pun buat keputusan tak jadi balik. sedih jugak dia, tapi ayah dia cakap takpe lah..nak buat macam mana, dah tak ada rezeki. usaha pun sudah. kita hanya merancang, dan Dia lah sebaik-baik perancang. ada hikmahnya ni. mungkin ini tanda, Dia mahu kami hadir ke jamuan akhir sem + farewell mr.naidu. mungkin, dan ada kemungkinan lain yang kami tak tahu. 

that's all for 'homesick' report. hua3, sempat lagi tu nak buat report ni, padahal esok ada kuiz pharmacognosy + poster presentation + hantar assignment. takutnya, sampai tak tahu nak buat apa dulu. tenang-tenang lah wahai diri. ok, permisi dulu. daa~

3 comments:

Jauze said...

la sedihnya dina x dpt mai majlis kahwin abg dia..
haih teruk la firefly ni..suka2 ja cancel flight..kalau2 btul2 urgent camna?.dah la last minute plak dia cancel..patut byr ganti rugi lebih tu..kalau org business dah rugi berpuluh ribu tu kalau cancel flight..hehe

Anonymous said...

sob sob...=(

nurunnuha said...

jauze:
hehe.. ada la hikmahnya tu kot..

dina:
xpe, kite balik minggu study week ye? xlama dah tu.. hehe =)