Bismillaahirrahmaanirrahiim...
hari ni sepatutnya ada kuiz drug abuse and society.. mulanya, jadual kuiz jam 11 pagi.. tapi, ada 4 orang pelajar kelas saya ada labtest untuk subjek 'komputer'.. diorang exam online. dekat-dekat jam 11, mesej masuk ke telefon ekin mengatakan kuiz ditunda ke jam 12.30tengah hari.. ketika tu, kami masih di asrama.. ok.. try untuk habiskan pembacaan lagi.. kemudian, pukul 12 ada mesej masuk pulak cakap kuiz ditunda ke pukul 2 petang, sebab ada antara mereka yang tak siap jawab labtest lagi.. lepas solat zohor, kami bersiap sedia nak ke kelas.. tiba-tiba sze yan cakap mungkin kuiz hari ni dibatalkan. eh? kenapakah? miss hafsah suruh pergi kelas untuk berbincang.
kami sampai kelas pukul 2petang (waah, sharp tu..ngee~), dan miss hafsah pun cakap la kuiz terpaksa dibatalkan sebab ada yang tak bersedia.. dan, mereka pun baru je lepas habis test. selepas berbincang, kami sepakat untuk adakan kuiz esok, jam 11 pagi.. biasanya, masa yang diperlukan untuk kuiz hanyalah sejam.. tapi, miss hafsah cakap, kali ni 1 jam setengah sebab soalan adalah panjang. waah.. dan, dia berpesan kepada kami supaya buat betul - betul untuk kuiz kali ni.. sebab kali ni sudah masuk kali yang ke-3 masa kuiz ditunda.. juga, kebarangkalian untuk adakan kuiz buat kali kedua adalah 0.001 kot. sekarang sudah bulan mac. markah kerja kursus nak kena hantar, sudah tidak lama.. musim terlalu 'sibuk' nampaknya akan berterusan sehinggalah tiba minggu ulangkaji.. waah, final exam sudah tak lama! kejap je masa berlalu, kan?
ok, mari sambung stadi..
***************************
love notes :
+ nadiah, thanks ya! saya nak mintak tolong lagi, boleh? :D
+ thia, tag kamu sudah siap! hehe :)
***************************
tensi + banyak kerja = emo.. haiz.. dah, dah.. baca love letter banyak2.. sebut nama Dia banyak2.. tenangkan hati, perasaan dan diri..
No comments:
Post a Comment