16.3.09

bizi kah?

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

bizi kah? ya. minggu ni aagak bizi.. bersama 2 lab report yang perlu disiapkan (dosage form design dan pharm analysis), 3 assignment pharmacognosy, 1 poster presentation (drug abuse and society) untuk bersedia, 1 kuiz (pharmacognosy) khamis ini.. tambah pulak minggu ni, ada lawatan kedua daripada pensyarah dari usm (awal sungguh lawatan kedua kali ni).. nanti nak kena prepare apa-apa yang patut.. haa, sudah. cik nuha mahu menyenaraikan to-do-list dia di sini pulak.. hehe :)

bila kesempitan, mula lah merindu masa senang. oh. dan, kemungkinan saya menaip posting untuk entri terbaru di sini minggu ini mungkin agak rendah. hehe. cik nuha mahu berhibernasi sebentar. tapi, kalau tangan rasa gata-gatal akan ada jugak ceritanya. ngehehe~

oh, mahu cerita sesuatu. 

kisah satu
tadi, kelas kami habis jam 7.30 malam. waah, first time kelas habis pada waktu itu. teruja, teruja. dan saya suka, sebab saya dapat fokus. hehe.. ok, lepas kelas tadi kami ke pekan kongsi sat. cik ekin mahu mengisi minyak, tangki sudah bagi amaran. lepas tu, mereka mahu beli nasi lemak yang dijual kat depan PETRONAS tu. nasi lemak kat situ memang best. tapi saya pelik sebenarnya. di sini, nasi lemak dijual untuk makan malam, dan biasanya gerai menjual nasi lemak dibuka selepas jam 6 petang. pelik. di tempat saya, nasi lemak biasa dimakan pada waktu pagi. atau, saya yang tak pernah makan nasi lemak pada waktu malam sebelum ni? hiho T_T. 

berbalik kepada cerita tadi. time mereka (cik ekin dan dina) mahu membeli nasi lemak di situ, akak yang menjual tu tiada. dia tinggalkan nasi-nasi lemak dia macam tu je, kat tepi jalan. ada jugak orang yang beli nasi lemak tu, duitnya diselitkan di bawah bungkusan nasi lemak yang lain. tertanya-tanya jugak, takde orang nak curi ke? hehe. dina dan ekin ni jadi teragak-agak untuk beli nasi lemak tu jadi mereka tunggu. tak lama lepas tu, akak tu pun datang balik.. kali ni bersama anak dia. dia baru lepas pergi ambil anak dia.. tentang nasi tu, ekin cakap akak tu tawakkal padaNya sahaja.. 

kisah dua
hari tu saya ada buat  kuiz untuk ADD. semuanya gara-gara cepat sangat hilang fokus time study dan baru lepas belajar tentang ADD. hohoho~ tapi, tak bersungguh mana pun menjawab. sekali, lepas keluar result.. fuuh, terkejut eden. macam betul pun ade jugak sikit-sikit. hehe. uish, takleh percaya nih. dan, ada seseorang ni cakap : don't trust the machine. hehe. yep, i will not trust it! 

all depend to us, right? nak ke tak nak? tepuk dada tanya lah selera. ups, macam kena tukar je ayat nih. tepuk dada tanya niat balik, okai? ;)

*********************

psst --> sudah teringat 'hadiah'.. huhu~ doakan yang baik-baik untuk saya ya!! ;)

No comments: