Bismillaahirrahmaanirrahiim..
lepas siapkan report vet. semalam, curi masa sat membelek album lama. tiba-tiba terjumpa gambar ni.. wah, kenangan sungguh.. gambar ni diambil time majlis perkahwinan bapa saudara sebelah ayah saya, di Narathiwat.. time ni, saya berada di tingkatan peralihan kot. oh, sungguh tak matang langsung. :D time ni, adik saya yang bongsu belum ada lagi. jadi, gambar ni hanya ada kami berlima sahaja. ketika ini, adik saya yang nombor dua lebih rendah daripada saya. tapi sekarang, huish.. dia lagi tinggi daripada saya. le-la-ki. oh. hehe. setiap kali tengok gambar ni, mesti saya tergelak sorang sorang. kenapakah? aksi kami, sama. dua orang tersenyum dan sengetkan kepala ke kanan, dua orang lagi bercekak pinggang dan tersengih, dan yang seorang lagi tertunduk. kami tak berpakat pun nak buat macam tu, tapi bila gambar ni dicuci.. haa? kita sama aksi la.. :)
.jpg)
p/s : 'sakit rumah' sudah datang.. bersama timbunan 'hadiah'2.. dari jauh, ku doakan semoga kalian semua tabah2 aja ye..
No comments:
Post a Comment