Bismillaahirrahmaanirrahiim..
un
cuaca hari ni mendung dari pagi ke petang. tadi pergi pantai. bersama cikma dan kholati, kak da sekali. cikma bawa nasi goreng, kholati bawa nasi putih + tomyam + ikan rebus goreng + colek kaduk. saya bawa aiskrim + keropok je. ngee, cikma yang bagi mandat suruh goreng keropok je. petang tadi, pantai seri tujuh agak lengang. tak ramai orang seperti biasa. rupa-rupanya ada perasmian penutupan pesta wau di pantai geting.. patutla. nasib baik tak berkelah kat pantai geting. mesti ramai orang. oh, tak suka. terlalu ramai manusia. kereta pun banyak. mesti merangkak je kalau nak drive. lepas makan, budak-budak mandi air laut. suka la depa, tak ramai orang. boleh jajah banyak tempat. yang jadi pengawalnya, siapa? saya la. hadeh~ dah la kena serang dengan bola pasir, dua penjuru. lepas tu, terus participate main perang bola pasir. tapi tak aci, depa ramai. ish~
deux
tengok laut, tenang sungguh. ombak yang datang, membawa bersama pasir-pasir. teringat masa sekolah dulu:
ummi : nanti kirim salam kat ustazah S sebanyak bintang di langit.ustazah S : kirim salam balik kat ummi, sebanyak pasir di lautan.
berapa banyak tu? infiniti. tak terkira. tak terhingga. rindu la. rindu nak baring tengah-tengah padang, kira bintang di waktu malam. best! teringat kat sekolah dulu. (lagi. ngee~). ada satu permainan dalam satu program ni, waktu malam. ada banyak check point nak kena lepasi. macam-macam la yang AJK tu minta bila sampai kat check point. ada yang kena minum air garam, jawab soalan, cari benda. bila dah berjaya buat apa yang disuruh, baru dapat klu atau hadiah. kali ni mereka bagi hadiah satu batang mancis dan lilin. kami kena nyalakan lilin tu jangan bagi ia terpadam sebelum habis permainan tu. kumpulan mana yang lilin mereka padam, kena denda duduk kat padang sampai dekat subuh. hoho, lama jugak tu. lilin kumpulan saya time tu padam sebelum habis permainan. jadi, kami kena duduk kat padang. bila sampai kat padang, dah ada beberapa kumpulan yang dah kena denda. ngeh3. tapi, best la duduk kat padang tu. kami berbaring, tengok langit, perhati dan kira bintang sambil bertukar-tukar cerita. oh, nikmat sungguh!! rugi siapa yang tak kena denda! v(^^)
trois
malam ni sudah mahu berangkat. tiket tak jadi beli yang lain. nak drive, tak mungkin la kot. abi mesti tak bagi. hehe. sampai penang nanti, tak sure la internet ada ke tak ni sebab bil tak bayar lagi. duduk kat rumah, kerja tak ingat je semedang. time kat penang hari tu, tak sempat. bil sampai lambat.
quatre
buat kuiz What is your pharmacy IQ kat facebook tadi, dapat result yang susah untuk dipercayai. erk?? insyaAllah, suatu masa nanti.. moga benar. ameen. :)
2 comments:
hai!
haha.
comel lah ummi kamu dgn ustzh itu.
and oh, part yg baring2 tgh pdg n tgk bintang tu ..
seronok!
nmpk bintang terbang a.k.a tahi bintang x?
nmpk buruj x?
ehe, bnyk tanye plak si arina nih.
nk buat juge, tp takut ..
uhuhu.
arina,
hai hai! :D
dan, anak dia juga telah mewarisi gen comel itu.. hoho, perasan~ :P
bintang terbang xde malam tu. ada bintang kelip2 ja. baaanyak sangat. nampak buruj gak. buruj biduk, sbb buruj lain tak ingat dia punya titik2 tu. !_!
takut? kenapa? takut ada bintang terbang jatuh ek? :P
Post a Comment