Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Habis sudah mem baca buku ini. Best jugak la.
Hidayah milikNya. Kisah perjalanan Rayyan yang pada mulanya taat beribadah, membesar menjadi seorang aties. Pelbagai persoalan sentiasa bermain di mindanya tentang kehidupan. Semakin dia berfikir, semakin dia meragui keyakinan atiesnya itu. Dalam kehancuran jiwa dan kebingungan, dia mencari semula erti dia dihidupkan di sini. Hingga akhirnya, mencapai ketenangan dengan kedamaian cintaNya.
-----------------------------
tulisan di belakang buku itu..
Semakin aku cuba mendalami wacana-wacana falsafah, semakin aku meragukan hakikat keberadaan Allah. Hingga sempurnalah aku yang dulunya rajin beribadah, kini enggan solat, puasa ataupun mengaji. Malah, aku lebih suka melakukan maksiat.“Gott ist tot..” ala Mietzsche yang menfatwakan bahawa tuhan telah mati sebagai jalan terakhir menuju kedudukan “Manusia Super” hingga “Cogito ergo sum” ala Rene Descartes yang menegaskan bahawa tuhan di bawah kuasa logika manusia merupakan wacana-wacana ilmiah dan falsafah yang sentiasa ku puja. Ke mana-mana pun aku akan berkata bahawa Allah sama sekali tiada.Tetapi, apa sebenarnya yang sedang melanda hatiku ini. Mengapa dalam masa yang sama, jauh di lubuk hatiku ini selalu sahaja menjerit kegelisahan dan ragu atas jati diriku sendiri? Semakin lama jiwaku terasa semakin tidak bermakna. Inikah diriku yan digelar manuia rasional yang sejati?Pada hakikatnya, semakin aku memikirkan hakikat Allah, Allah semakin dekat dalam hatiku. Allah tak akan dapat dinafikan oleh falsafah dan logik apa pun yang selama ini aku agungkan. Sesungguhnya Allah telah sematkan dalam hati setiap manusia dan menghadirkan ketenteraman jiwa yang sangat bening.”Ya Allah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untukmu,” bisik hatiku dalam derai air mata.”Semakin aku berfikir, ternyata Allah semakin ada..”
-----------------------
Angin sepoi-sepoi bahasa, mendamaikan jiwa. Secanggih-canggih ciptaan manusia pun, masih belum ada lagi yang berjaya mencipta angin sebegitu. Indahnya langit, memandangnya menjadikan hati terasa begitu dekat denganNya. Tidak terasa diri sendirian, kerana kita tahu Dia sentiasa ada bersama.
Rindu,
Pada masa lalu..
Pada suasana itu..
No comments:
Post a Comment