3.5.09

cerita dua hari (ii)

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

mahu sambung cerita..

30/04/09..
hari kedua melawat usm. hari ni kami melawat ke dua tempat. pertama perpustakaan (perpustakaan hamzah sendut) dan muzium tuanku fauziah. bertolak macam semalam, dalam 8.30pagi, gitu la. tapi hari ni hanya satu van. yang chinese tu naik kereta sendiri sebab lepas tu depa nak balik terus. poay yen pulak, ayah dia ada operation pada 1 Mei.. perlu balik terus. kami turun di depan DTSP (dewan tunku syed putra), bersebelahan dengan perpustakaan hamzah sendut. saya bersarapan dengan menjamah sedikit kuih, manakala dina dan shikin makan nasi lemak. saya tak terasa nak makan nasi time tu. lepas sarapan, kami berkumpul di depan library

mulanya, kami diberi sedikit taklmat tentang apa yang kami boleh akses di sini. kebebasan kami agak terhad sebab kami tidak dibenarkan meminjam buku-buku yang terdapat di sini. kalau nak pinjam, kena melalui inter-library loan. maksudnya, kami kena request untuk pinjam buku tu melalui library ICT yang akan menghantar request tu ke sini. Jika buku itu ada, mereka akan pos ataupun librarian ICT datang ambil. lepas taklimat, kami dibawa melawat perpustakaan 3 tingkat ini. di sini, mereka menyediakan perkhidmatan internet, opaque (betul ke ntah eja macam ni), bilik tayangan, bilik audio, bilik perbincangan, ruangan red spot (jurnal, thesis, buletin), ruangan majalah dan akhbar, bilik mikrobentuk filem (thesis yang di'copy' kecilkan dan dimuat turun ke dalam microbentuk), ada bilik ape lagi ek? lupa daa~ banyak sangat bilik nya. buku pun banyak. dan buku berkaitan farmasi : tingakat tiga, sudut paling hujung.. waah, siapa rajin ke sana? hehe :) *time melawat library teringat pulak kat library kat uitm hari tu*

perpustakaan ni mengamalkan sistem layan diri. nak pinjam, hulur kad pelajar, letak kat satu mesin nih, letak buku yang nak dipinjam, then dia scan.. siap! nak hantar pulak, hantar je ke dalam kotak yang disediakan kat luar library tu. tak payah masuk perpustakaan pun tak pe. mesin peminjaman dan pemulangan buku itu dibeli satu set.

selepas itu, kami ke muzium. first impression ke muzium : alaa, macam boring je dengar perkataan muzium tuh. ok, masuk. mula-mula sekali ternampak tempat terapi ikan! waah, lawanya, tapi agak mahal la sikit. 10minit=rm10. huhu. muzium dia 3 tingkat. tingkat bawah ada tempat pameran hiasan rumah, pameran khat, alat-alat yang digunakan time peperangan pada zaman dahulu, sudut uji minda, tempat karaoke. lepas tu, kami naik tangga menuju ke tingkat dua. tiba-tiba dunia menjadi gelap. kami dikelilingi awan dan planet-planet. seolah-olah berada di angkasa. jenguk ke bawah tangga.. rumah-rumah dan bandar nampak kecik sangat. waah, memang rasa macam real lah. masuk ke ruang astronomi. banyak benda kat situ; patung star wars (ye ke? saya x sure), radio yang menggunakan tenaga suria/lampu, tempat nak tahu cas dalm badan kita ni lemah ke kuat, flight simulator (yang agak real, bila jenguk ke luar daripada kapal tu nampak space-gelap-), tempat nak uji gelombang bunyi.. yang pastinya : kat sini memang best! macam tak sangka kat muzium pun ada benda-benda macam ni, seolah-olah berada di planetarium. lepas tu, ada tempat yang macam underwater. dinding dipenuhi ikan-ikan, batu karang (time ambik gambar, nampak macam duk dalam laut..), pameran kesenian tradisional masyarakat melayu (kuda kepang, gamelan, keris, kompang, wayang kulit), ada replika batu bersurat, replika perak man (kena masuk dalam gua kalau nak tengok replika perak man nih, sambil tu nampak la replika orang-orang zaman purba -cara mereka makan, hidup-), pameran teknologi polimer (teringat uitm lagi), ada car simulator (kereta di'sponsor' oleh petronas).. kesimpulan : masuk muzium nih memang best la! impresi saya bertukar 100% daripada mula-mula masuk tadi. waah, terpesona dengan konsep muzium ini. nanti grad, nak datang ambik gambar kat sini lah!

lepas tu, kami pergi lunch kat desasiswa bakti, sebelum meronda-ronda sekitar kampus. kami sampai ke puncak tertinggi usm, dan bergambar. (tapi gambar takleh nak upload lagi..).dalam pukul 3.00petang, van sampai dan kami pun pulang. agak penat tetapi best! banyak sungguh perkataan 'best' untuk entri kali ni, nak menunjukkan pergi sana memang best. :D

------------------------
gambar, nanti upload lain kali la.. ^^

2 comments:

Mumunyny said...

wahhh x sabar nak tgk gambar. upload gambar dlm muzium banyak banyak na kak nuha. hehe.

nurunnuha said...

ahaha.. insyaAllah.. tapi kalau nak banyak-banyak, nanti kena mintak dengan dina jugak la.. :D