2.5.09

cerita dua hari (i)

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

mahu bercerita tentang lawatan ke usm pada hari rabu dan khamis yang lalu. (dengar macam lawatan bidak sekolah aje.. hehe:D).. ia satu pengalaman yang menarik, bagi saya. best!

29/04/09..
kami bertolak dari asrama jam 8.20pagi. perjalanan dari balik pulau ke usm memakan masa lebih kurang dalam setengah jam. maksudnya, dalam pukul 9 kami sampai di usm. barkumpul di kafe pusat pengajian farmasi (school of pharmaceutical science). ambil sarapan sedikit. lepas tu, kami dibawa ke bilik mesyuarat untuk sedikit kata-kata aluan daripada dr.nornisah. kemudian, kami dibawa melawat ke 3 tempat : sekolah (school), PRN (pusat racun negara) yang juga dikenali sebagai national poison center, DCC (doping  control center) atau pusat kawalan doping.

mula-mula, kami melawat makmal-makmal yang digunakan oleh pelajar undergraduate dan postgraduate seperti makmal farmasi industri, fisiologi, kimia, farmakologi, dll. waah, saya teruja melihat makmal mereka. tak sama dengan kami. mesin yang digunakan untuk undergraduate student banyak yang berusia agak lama dan memerlukan kepakaran manual berbanding mesin kami yang agak baru (kerana kami kumpulan pertama). mesin-mesin kami banyak yang menggunkan kepakaran komputer manakala mereka banyak kepakaran manusia, maksudnya kena calibrate tiap2 kali nak buat eksperimen, guna tangan (uruskan wayar2 yang berselirat..:D)-biasa dibantu oleh pembantu makmal la-.. (bersyukurlah anda wahai pelajar kolej sebab dapat instrumen yang baru-eceh~).. pi tengok makmal fisio pulak.. waah! kagum lagi.. besarnya! siap lekatkan gambar anatomi tubuh badan manusia yang besar tu kat dinding. tempat lecturer memberi penerangan pulak, dia buat ada macam pentas (tinggi sedikit daripada lantai biasa).. lepas tu, pergi lawat makmal untuk dosage form pulak.. waah, teruja lagi! (haha, apa kes ntah asyik teruja je nih).. ye la, kat makmal mereka siap ada macam karel pulak. seorang, satu karel. nak dispense ubat, buat sorang sorang. nak tanya kawan kat sebelah pun susah, sebab jauhla jugak jarak antara karel tu. kat karel tu dah siap ada kertas label, kertas untuk menimbang, bahan2 untuk membancuh ubat dll. haa, memang tak boleh nak tanya siapa-siapa la time extemporaneous preparation tuh.. kagum, kagum.. (teringat dr.yvonne yang sangat tegas, tidak membenarkan kami bertanya kawan semasa penyediaan extemporaneous. hehe. tapi saya suka cara dia ajar kami)

pergi melawat makmal TPN dan gynecology pulak. waah, teruja lagi.. :D besar! pemandangan di sebelah sangat menghijau, tenang je perasaan. (psikologi diaplikasi).. pergi melawat GMP (good manufacturing process) lab pula.. kami kena pakai 'kasut' khas nak masuk makmal ni, sebab makmal ni dijaga ketat. kat dalam tu, ada banyak bilik-bilik kecil. diatur mengikut susunan. start daripada membasuh bahan mentah hinggalah kepada proses pembungkusan dan pelabelan produk. lepas tu, makan tengah hari..

lepas zohor, kami melawat PRN. mula-mula diberi sedikit taklimat oleh puan asdariah, tentang apa yang PRN buat. biasa mereka akan membantu para doktor yang menghubungi bertanya tentang antidot untuk keracunan seperti keracunan pesticide, detergen, patukan ular, etc. mereka bekerja 24/7 (24jam sehari).. talian sentiasa dibuka dan perkhidmatan diberikan secara percuma. untuk maklumat lanjut, klik sini dan sini. Selain itu, mereka juga ada membuat ujian ke atas produk-produk kosmetik macam produk yang dihantar sampel untuk dianalisis kewujudan bahan larangan yang boleh menyebabkan side effect yang teruk seperti kanser kulit dan sebagainya. (saya dapat satu info-hidrocortisone biasa digunakan dalam whitening agent yang boleh bertindak menghakis kulit).. talian bebas tol : 1-800-88-8099 / 04-6570099 [isnin - jumaat : 8:10pagi-5.10petang]

tempat terakhir yang dilawati pada hari itu ialah DCC. bangunan dia, bagi saya agak canggih dan lawa. sebelum ni saya ingatkan, pusat doping ni hanyalah untuk menganalisis prohibited substances yang digunakan dalam sport sahaja, tetapi rupa-rupanya DCC ni ada juga menyediakan perkhidmatan yang lain seperti menganalisis makanan yang ada melamine, 3-MCPD, nitrofuran. analisis makanan ni masih baru diwujudkan. time lawatan tu, ada jugakla yang sempat bertanya : pseudoephedrine tu prohibited substances jugak ka? *soalan final exam sebenarnya nih* ahaha.. ada jugak yang teringat soalan final.. 

5.30petang, kami pulang.. dan, habis cerita hari pertama. 


--------------------------
29hb dan 30hb hari lahir seseorang. haa, kan dah cakap.. ramai orang yang lahir bulan empat nih. semalam hari lahir pensyarah saya, miss hafsah suhail al-anbari.. dan, hari ni pula hari lahir dua orang teman : nadiah aka izzahsakinah dan khairani.. selamat hari lahir kepada mereka.. :)

No comments: