Bismillaahirrahmaanirrahiim..
sedar tak sedar, sudah 2 minggu saya di rumah. rutin duduk kat rumah macam biasa. membantu apa yang patut. tapi, bosan jugak rasanya asyik duduk rumah sahaja. mungkin sebab saya ni jenis yang suka berjalan-jalan kot sebab tu la cepat sikit rasa bosan bila duduk kat rumah lama-lama. walaupun ada kerja yang perlu dibuat, bila dah selesai rasa bosan pulak. haha. macam-macam. tadi saya telah berjaya mengajak dina keluar. hehe. kami ke KB mall. ada barang yang perlu dibeli. ummi pun minta tolong saya uruskan hal dia kat tabung haji sikit.
bila dah bosan duduk kat rumah macam ni, mulalah terdetik di hati nak kerja. entah, rasa macam seronok je kerja, kan? duduk kat hospital, selesaikan urusan berkaitan ubat-ubatan. tapi, rasa takut pun ada jugak. saya pernah tanya kak je pasal kerja time PRP (pre-registered pharmacy). setahun pertama tu kerja agak penat la, sebab semua department terlibat, nak timba pengalaman. ada sesetengah department, kita perlu stay selama sebulan dan ada jugak yang sampai 3 bulan. bahagian enforcement pun terlibat jugak. dulu, saya ingat enforcement ni kerja teruk-teruk sikit, dengar nama pun macam seram je. haha. tapi kak je cakap, best je kerja kat enforcement. pergi buat spot check kalau ada report mengatakan kedai ni ada jual barang yang diharamkan atau tidak berdaftar, dan boleh melawat ke banyak tempat. tapi penat jugak la sebab nanti nak kena pergi balik, kalau dapat tempat yang jauh..waah. bila dah lepas setahun yang pertama dan jadi fully registered pharmacy (RPh), kita memang akan ditumpukan kerja kat satu bahagian sahaja.
hmm. masa PRP, time agak penat ialah time oncall. sebab, bila-bila masa sahaja orang akan call, tanya pasal ubat atau mintak pandangan. penat. dah la tiap-tiap hari kerja 8-5, malam pulak ada oncall. nampaknya saya perlu membiasakan diri dengan keletihan. hoho~ hari tu tanya kak sarah, dia cakap kadang-kadang kena jugak pergi hospital pagi-pagi buta, tapi biasanya tak payah la. just call assistant, mintak dia dispense. hanya kes-kes tertentu sahaja perlukan pharmacist sendiri yang pergi. tanya kak zety pulak (kat HPRZ), dia cakap biasanya orang (dari hospital) akan call sahaja, dan kita hanya perlu selesaikan melalui telefon. bagusla untuk orang yang rumahnya jauh dari tempat kerja, lambat jugak nak memandu pergi hospital if benda tu nak kena siapkan on the spot. huu, boleh haru~
time cuti macam ni, saya jealous je tengok kawan-kawan yang pergi posting kat retail pharmacy atau industry (buat LI).. waah, bestnye! best dengar diorang bercerita pengalaman pi posting. *mood kerja tengah bagus nih*. best kan diorang, dapat pengalaman, tambah pulak kalau yang posting kat industri tu. susah, kalau kita saja-saja pergi kilang tu mintak permission nak kerja untuk sementara, kecuali kalau memang ada surat bertulis daripada universiti yang membenarkan kita posting kat situ.. kan, kan? waa, jeles. T_T
bila masuk sekolah menengah, rasa best je sekolah rendah.. belajar pun sikit-sikit je. bila masuk matrik, rasa best je sekolah menengah. rasa macam nak kembali ke zaman sekolah menengah balik. bila masuk uni, rasa best je matrikulasi. rindu je masa-masa kat matrik. bila kerja, mesti akan rasa best je belajar, kan? so, sambungla belajar! :D haa, manusia~
--------------------
1- Cogito Allah Sum! (Lalu Mohammad Zaenudin)
2- Matahari di atas Gilli (Lintang Sugianto)
1 comment:
hehe. saya pun baru start nak baca je ni.. :D
Post a Comment