8.5.09

'hadiah' drpd shiah

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

bila tiada idea untuk dicurahkan, tag boleh mengisi kekosongan entri. hehe. tag kali ni datangnya daripada taushiah. ini soalan-soalan dia.. jeng jeng jeng..

soalan untuk panaskan badan dulu...

1.anda lebih suka karipap sardin atau karipap kentang ?
karipap kentang, sebab karipap sardin rasa bawang dia terlalu kuat. saya kan memang tak suka makan bawang. T_T

2.anda lebih suka air kelapa atau air tebu ?
Air kelapa muda asli, yang tak tambah air gula dan air.. dulu suka minum air tebu, lepas balik sekolah, sementara tunggu abi nak balik, pi beli air tebu + keropok losong kat depan sekolah.. pernah sehari tu cikgu saya ada cakap, orang perempuan tak elok minum air tebu banyak-banyak. aiseh~ dan, sekarang lebih suka minum air kelapa muda! weee~ v(^_^)v

3.apa pandangan anda mengenai isu jerawat tumbuh selepas makan kacang ?
Orang cakap begitu sebab, kacang itu berminyak. Banyak minyak boleh menyebabkan liang tersumbat dan mengakibatkan jerawat. 

4.anda paling tertarik dengan lelaki/perempuan yang macam mana ?
Yang bila saya tengok dia, saya boleh menilai diri saya ni baik ke tidak. Hehe 

5.apakah perkara yang wajib anda buat sebelum tidur ?
Macam2 termasuklah baca buku, baca nota sikit2, online, berborak dengan kawan, ym ngan adik2.. 

soalan yang memerlukan anda untuk berfikir dengan lebih mendalam...

1. andaikan ada org menghina ahli keluarge anda. apakah yg anda akan buat ?
Marah la. Dan, tengok pula kenapa.

2. adakah anda akan tolong kawan anda yg dlm kesusahan wlupn dia pernah khianati anda ?
Kalau dulu, mungkin terlalu berat permintaan ini. Tapi sekarang, insyaAllah.. semoga dia berubah. " because hope is always there"

3. andaikan esok hari terakhir anda hidup.apakah perkara yg anda ingin buat sebelum mati ?
Aish, soalan ni macam seram je bunyinye. Huhu~ tulis wasiat kot. :D . tapi boleh ke kita tahu esok kita akan mati? fikir dan fikir. *kematian sentiasa menjenguk kita setiap hari. bertambah sehari kita hidup bermakna semakin dekatlah kita dengan kematian* agree?

4. adakah anda akan pilih orang yang anda cintai atau orang yang anda sayangi sebagai pasangan hidup ?
Hmm, tidak ketahuan. Cuba bagi definisi cinta dan sayang kat saya. *macam orang takdak perasaan je bunyi nye*

5. apakah yang mmbuatkan anda bersemangat untuk hidup sampai sekarang?
Ada impian untuk dicapai..hoho~

6. andaikan masa dpt diputarkan balik,apakah yang anda ingin betolkn ?
Andaikan.. banyak benda. Nak belajar rajin2 biar dapat result  yang mantap (selalu je begini.. aish), nak jadi seorang yang baik. hehe. 

7. adakah anda akan give up jika perkara yang anda lakukan asyik gagal?
Pernah, tapi akan tersedar kita tak sepatutnya putus asa.. Keep in trying, ok?

8. adakah anda akan memaafkan orang yang telah merosakkan kehidupan dan kerjaya anda ?
Waa, soalan mencabar minda. kadang-kadang berkata-kata itu lebih mudah daripada prove it. Agree?

9. andaikan kawan anda menghidap penyakit berjangkit.. adakah anda akan masih berkawan dengan dia?
Ambik la prophylaxis treatment ke. hehe..

10. sesetengah orang mengatakan budak-budak amatlah menyusahkan. apa pandangan anda ?
Bukan menyusahkan sebenarnya. Cuma mereka ni kadang-kadang agak hyperactive. Tapi biasa lah kan. Itu memang perangai budak-budak. mereka penuh dengan sifat ingin mencuba.. 

siap satu, ada lagi satu. yeay! ;)

-----------------------------------
p/s : ada buku untuk ku beli. mahu mencari. semoga ketemu. hihi :P

2 comments:

truemax said...

Salam Nuha,

Saya suka karipap sardin, karipap sardin ler lagi best, yang bawang banyak tu orang tak reti buat kot. :)

Senyum selalu.

Wassalam
::truemax

nurunnuha said...

w'salam truemax..

tapi karipap sardin rasa jugak bawangnya, kan? kalau karipap kentang, tak rasa sangat. saya rasa la. hehe :D

:) :)