Bismillaahirrahmaanirrahiim..
sejak dua menjak ni banyak perkara berada di fikiran saya. maka, sakit kepala mula menyerang. balik takbai, dapat satu berita baru. sudah besar rupanya sepupu saya tu. dan, sudah pandai berahsia dengan saya sekarang ni ye. tapi tadi, rahsia dia terbongkar jua. hehe. terkejut jugak menerima perkhabaran itu. ketika mereka bercakap-cakap tadi, saya kebluran. rupa-rupanya saya tertinggal kereta api. orang lain sudah sampai Bangkok, saya baru sampai Songkhla. aish, patutla. hmm. berita tu membuatkan saya befikir dan terus berfikir. saya kah yang tidak mengenali dia dengan baik atau......
balik takbai semalam, berkumpul ramai-ramai sungguh seronok. lama dah tak berkumpul ramai-ramai macam tu. kalau bukan kerana hari raya, susah jugak kami akan berkumpul begitu. yang peningnya bila berkumpul macam tu, saya yang akan diserang. dulu, muna ada. muna suka melayan kerenah budak-budak ni. saya pembantu sahaja. ngehehe~ tapi sekarang, saya seorang, diserang enam penjuru. pening.. pening~
cerita versi budak-budak:
si kakak suka mengusik si adik. tadi, diusiknya si adik sampai menangis. berkebetulan pulak si adiknya tadi demam. si adik report pada emak, si kakak yang kena. si kakak merajuk membawa bantal ke muka dan menangis sorang-sorang. si sepupu yang pada mulanya berniat ingin bermain dan bergurau, rupanya tersalah timing. gurauan menjadi seakan mengusik si kakak tadi, lalu mendapat 'ganjaran' daripada si kakak. menangislah pulak si sepupu yang kecik ini. habis satu rumah ke'menangisan'. adeih..
---------------------------
p/s:
1- laptop ada masalah. huhu~
2- kenapa perlu mimpi perkara yang sama?
No comments:
Post a Comment