3.5.09

sabtu

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

alhamdulillah, jam 4pagi semalam saya selamat sampai ke KB. abi, ummi, aman dan anas datang ambik bersemangat diorang suruh kejut, semata-mata nak datang kota bharu. hehe. lepas tu, kami ke tanjung mas, kedai ayah cik (bapa saudara saya) untuk makan. ayah cik hidangkan nasi  beriani. waah, awal-awal pagi sudah makan nasi. jangan nanti berona, sudahlah. dalam 5.30pagi, selamat sampai ke 'Darul Aman'.. 

tengah hari tadi, ummi mengajak ke KB, mahu mencari ta'miyyah katanya. ada satu kedai ala-ala arab baru bukak kat KB. kami pun bergerak lah ke sana. sampai kat situ, rasa agak kecewa la sebab kedai yang jual ta'miyyah tak bukak lagi. lain kali kena datang lewat sikit. dan, kami hanya memesan nasi beriani (lagi.. hehe), yoghurt, basbusah untuk mengisi perut. Lepas tu, ummi mengajak ke syarikat ja'far rawas, mencari kain pelikat (nak beri kepada mereka yang datang baca tahlil untuk arwah wea-kata ummi). *mahal jugak ye kain pelikat. kain cap kuda, B, original : rm29 satu. kalau yang A, original : rm35 satu.*

hari tu saya cakap mahu menukar cat rumah, kan? sudah jumpa catnya, tapi masa seperti tidak berapa mengizinkan lagi. nak mengedit tu memakan masa sedikit. nanti lah, dua tiga hari lepas ni. insyaAllah.. :)

2 comments:

SRISUFI said...

salam Nuha,

selamat bercuti. Kirim salam kat famili ye.

nurunnuha said...

w'salam k.sri..

terima kasih.. ok, insyaAllah.. :)