6.3.09

vet. visit~

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

tadi saya ada menaip untuk entri terbaru. tapi tiba-tiba entah macam mana, saya telah tertekan tempat 'x' kat atas hujung sebelah kanan ni. adeih~ panjang dah saya taip tadi.. cerita tentang visit ke tempat penternakan ayam + lembu. wah, rasa sudah tak ada mood untuk menaip semula..

ok, secara ringkas saje lah ye. hehe :)

pada sabtu yang lalu, kami telah pergi melawat tempat penternakan ayam dan lembu. bertolak dari balik pulau jam 8.15pagi.. mengikut prosedurnya, mula-mula kami perlu ke jabatan perkhidmatan veterinar di seberang prai dulu untuk proses ala-ala melapor diri.. lepas tu, kami dikehendaki mendengar taklimat daripada dr.ismail, tentang ubat-ubatan dan alatan yang biasa digunakan. di sinilah, saya baru kenal 'drenching gun' yang digunakan sebagai alat untuk memberi ubat kepada haiwan yang sakit dalam kuantiti yang tepat.. kemudiannya, barulah kami dibawa ke tempat penternakan ayam. di sini kami berkenalan dengan ayam biasa + itik + burung merak + ayam mutiara + ayam belanda + ayam selasih + anak angsa + anak ayam.. ramai, kan? hehe.. 

lepas tu kami dibawa melawat ke tempat penternakan lembu yang terletak di kampung telor. area kampung ni sungguh tenang. sebab ape? sebab ada sawa padi.. (eh, saya rasa memang saya terpikat dengan sawah padi la.. hoho~).. di sini jugak ada lembu import khas dari thailand. oh oh. :) besar besar lembu kat sini. ekin ada tanya, berapa harga dia jual untuk seekor lembu tu? dia cakap : ikut berat. rm6.50 sekilogram.. waah, murahnya! biasanya kalau kita beli daging lembu kat pasar berapa harga? lebih rm10, kan? sekarang ni dekat dekat rm20 dah sekilogram kalau saya tak silap. kan, kan?

lepas tu, kami balik. singgah makan di tengah jalan sat. dr.norhayati yang belanja. dr. norhayati memang seorang yang pemurah. dia suka belanja orang. kalau kita buat apa-apa event atau function, biasanya dia akan keluarkan sedikit duit untuk belanjawan.. she is the nicest dean i ever meet! :)

saya nak letak gambar sebenarnya. tapi, rasa macam tak best pulak kalau letak banyak banyak sekaligus. so, saya buat jadi slideshow aje.. hehe ;)


..credit goes tu ummu, syu and shikin for these pictures..

p/s : report untuk lawatan ini belum siap lagi. sekarang mahu berundur dulu. permisi. daa~

5 comments:

Mumunyny said...

kak nuha try check kat senarai entry entry tuh. rasa ada lagi kot. selalunya dia autosave. ummu pun pernah jadi camtu gak dulu. elok da karang punya pjg tetiba terclose window. luckily ada lagi. hehe x la frust sgt kan.

Jauze said...

eh kira panjang gak la tu.. hehe.. ya saya igt lg drenching gun tu..

nurunnuha said...

umny:
dah try check..mula-mula knuha ingatkan ade jugak.. lepas ter'close' hari tu, terus buka check. sekali, dalam draf pun tak dak.. haih~ pelik jugak senanye..biasa dia akan autosave, tapi kali ni x terautosave la pulak.. dia xmau bagi knuha post cerita panjang2 kot.. hehe :D

jauze:
ringkasan je ni, sebab malas dah nak taip balik.. hehe.. wah, ape reaksi time mula-mula tengok drenching gun?

nurulsyuhaida :) said...

hehe entri ni byk membantu saya membuat asgment vet..haha thank you kak nuha!!

nurunnuha said...

syu:
waah! panjang x report syu? hehe :)
u're welcome~~